ad
AGENSI

Jelajah JobCare tawar 20,000 peluang kerja, mula di Hulu Selangor 22 Julai

3 Jul 2023, 8:00 AM
Jelajah JobCare tawar 20,000 peluang kerja, mula di Hulu Selangor 22 Julai

SHAH ALAM, 3 JULAI: Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan daerah negeri ini mulai 22 Julai hingga 16 Disember.

Ketua penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor memaklumkan inisiatif bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal disertai 120 syarikat tempatan pelbagai sektor.

"Setiap daerah menawarkan antara 1,000 hingga 1,500 peluang kerja yang boleh dimohon meliputi bidang pembuatan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya.

"Kali ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut ditampilkan di setiap daerah bagi membantu orang ramai berurusan dengan pihak terbabit," kata Vijayan Subramaniam ketika dihubungi.

Beliau berkata hebahan jelajah itu dipergiat melalui ketua kampung dan ahli majlis selain melalui sistem Skim Insurans Pekerja bawah Perkeso bagi memastikan maklumat sampai kepada golongan sasar.

"Orang ramai khususnya pencari kerja dan penganggur diseru supaya tidak melepaskan peluang ini. Mereka diingatkan membawa dokumen lengkap untuk sesi temu duga selain berpakaian sopan," katanya.

Berikut lokasi dan tarikh penganjuran Jelajah JobCare:

  • Hulu Selangor - 22 Julai
  • Petaling Jaya - 12 Ogos
  • Klang - 26 Ogos
  • Gombak - 9 September
  • Sepang - 30 September
  • Kuala Langat - 28 Oktober
  • Hulu Langat - 4 November
  • Kuala Selangor - 2 Disember
  • Sabak Bernam - 16 Disember

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.