ad
AGENDA

SPR adakan mesyuarat khas pilihan raya negeri Rabu ini

3 Jul 2023, 3:36 AM
SPR adakan mesyuarat khas pilihan raya negeri Rabu ini

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

Shah Alam, 3 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini untuk membincangkan tarikh pilihan raya dewan undangan negeri ke-15.

Setiausaha SPR Dato' Indera Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi dewan undangan negeri, dewan undangan dan dewan negeri ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.

"Mesyuarat khas ini akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang membincangkan tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih serta persiapan lain," katanya.

Menurutnya sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas itu selesai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.