ad
AGENSI

Peniaga bermusim berpeluang mohon pinjaman Hijrah sehingga RM20,000

1 Jul 2023, 3:00 PM
Peniaga bermusim berpeluang mohon pinjaman Hijrah sehingga RM20,000

SHAH ALAM, 1 JULAI: Peniaga musim perayaan atau musim buah-buahan dipelawa memohon modal perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM20,000.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata skim pembiayaan i-Bermusim boleh dimohon menerusi www.hijrahselangor.com dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan i-Bermusim

"Menerusi skim pembiyaan i-Bermusim, Hijrah berjaya membantu ramai usahawan di Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan," katanya di Facebook.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • warganegara Malaysia
  • penduduk atau pemastautin Selangor
  • mengundi di Selangor
  • berumur 18 hingga 65 tahun
  • perniagaan sudah beroperasi
  • mempunyai premis perniagaan yang khusus
  • salinan lesen/permit perniagaan yang sah
  • tiada rekod pembiayaan yang tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.

Sejak awal penubuhannya pada 2015,  Hijrah sudah menyalur modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan yang memanfaatkan 57,492 usahawan seluruh negeri dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.