ad
AGENSI

PKPS tawar jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu RM100

30 Jun 2023, 11:13 AM
PKPS tawar jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu RM100
PKPS tawar jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu RM100

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 30 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu yang jarang ditemui pada harga RM100 bagi satu polibeg.

Facebook PKPS Tissue Culture Lab memaklumkan jualan terhad sebanyak 50 polibeg itu boleh didapati di Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.

"Benih pisang seribu dari makmal kami. Benih dari kultur tisu, pemilihan sulur yang terbaik dari ladang," katanya.

Pisang Raja Seribu atau nama saintifiknya, Musa chiliocarpa memiliki rupa panjang buah kira-kira dua hingga tiga meter.

Untuk maklumat lanjut boleh pentadbir laman Facebook berkenaan di talian 0123027916.

[caption id="attachment_590208" align="aligncenter" width="435"] Infografik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu yang 'rare' atau jarang ditemui pada harga RM100 bagi satu polibeg di Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.