ad
AGENSI

Masjid, surau disyor ikut panduan urus sisa haiwan korban, elak cemar sumber air

30 Jun 2023, 4:00 AM
Masjid, surau disyor ikut panduan urus sisa haiwan korban, elak cemar sumber air
Masjid, surau disyor ikut panduan urus sisa haiwan korban, elak cemar sumber air
Masjid, surau disyor ikut panduan urus sisa haiwan korban, elak cemar sumber air

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 JUN: Masjid dan surau yang menganjurkan program ibadah korban disyor mengikut panduan yang digariskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengurus sisa bagi mengelak pencemaran sumber air ketika Aidiladha.

Menerusi poster yang dikongsi di Facebook, LUAS memaklumkan pengurusan masjid dan surau perlu memastikan sisa haiwan korban diuruskan dengan baik dan dilupuskan dengan cara bersesuaian agar darah haiwan korban tidak mengalir ke dalam sungai atau parit.

"Sisa lain seperti isi perut dan sisa pepejal haiwan korban perlu dikendali dengan cermat agar tiada sebarang buangan secara terus ke sungai yang akan menyumbang kepada pencemaran.

"Pihak masjid dan surau digalakkan membungkus sisa pepejal haiwan korban bagi memastikan kaedah pelupusan sesuai dapat dilaksanakan pihak berkaitan," maklum agensi itu.

Sebelum ini LUAS memaklumkan pihaknya mengambil sampel setiap hari di kawasan hulu dan hilir sungai bagi memastikan sumber air tidak berisiko dan tercemar.

Agensi itu turut melakukan rondaan dan pemantauan di lembangan utama sungai negeri iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang.

[caption id="attachment_574636" align="aligncenter" width="775"] Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil sampel di kawasan hulu sehingga hilir sungai bagi memastikan sumber air tidak berisiko dan tercemar. Foto Facebook LUAS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.