ad
AGENDA

Malaysia kutuk tindakan Sweden benar bakar al-Quran

29 Jun 2023, 3:00 PM
Malaysia kutuk tindakan Sweden benar bakar al-Quran

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun 2023 di Stockholm.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam hantarannya dalam jalur Tweeter hari ini berkata keputusan mahkamah Sweden bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.

“Perbuatan yang mencemari kesucian al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidiladha merupakan satu tindakan yang menyinggung perasaan Muslim di seluruh dunia dan mencabuli prinsip sejagat iaitu saling memahami dan menghormati kesemua agama dan kitab suci mereka,” katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.