Oleh SHAMZ JOHAN
AMPANG JAYA, 28 JUN: Dato’ Menteri Besar melaung takbir raya sempena sambutan Aidiladha bersama jemaah di Masjid Al-Khairiyah, AU3 Taman Keramat di sini malam ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari tiba kira-kira jam 8.30 malam diiringi Setiausaha Politik Kawasan A Rahim Kasdi disambut jawatankuasa surau berkenaan.
Alunan takbir raya bersama lebih 150 jemaah dipimpin nazir masjid, Mohd Firdaus Ismail dan timbalannya, Muhammad Muzammil Abdullah.
[caption id="attachment_589954" align="alignnone" width="786"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Isyak bersama jemaah Masjid Al-Khairiyah di AU3 Taman Keramat pada 28 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]
Beliau kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan Imam 1, Mohd Azam Mohd Salleh.
Sebelum pulang, Amirudin sempat bersalaman dan berswafoto dengan jemaah yang hadir.