ad
AGENSI

PKPS: Jualan mega Aidiladha raih RM325,000, rakyat dapat jimat RM172,000

28 Jun 2023, 12:00 AM
PKPS: Jualan mega Aidiladha raih RM325,000, rakyat dapat jimat RM172,000
PKPS: Jualan mega Aidiladha raih RM325,000, rakyat dapat jimat RM172,000
PKPS: Jualan mega Aidiladha raih RM325,000, rakyat dapat jimat RM172,000

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meraih RM325,000 hasil pendapatan pada Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha di enam lokasi sepanjang dua hari mulai 24 jun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata melalui program berkenaan rakyat Selangor mendapat penjimatan RM172,000 melalui subsidi diberikan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, enam barangan asas iaitu 12,000 ekor ayam, beras lima kg (7,200 kampit), telur (6,000 papan), daging (3,000 pek), ikan (3,000 pek) dan minyak masak lima kg (2,400 botol) habis dijual di enam lokasi.

[caption id="attachment_573489" align="aligncenter" width="704"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita menerima kehadiran pembeli antara 500 hingga 1,000 orang di setiap lokasi jualan mega.

"Selain barangan asas barangan tambahan sejuk beku seperti isi kerang, sotong dan ikan kerapu laris," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Khairil memberitahu barangan kering jenama Ehsan seperti bihun, tepung, santan, sos cili, sardin, kaya dan biskut jagung turut menjadi pilihan pembeli di jualan mega itu.

Program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha pada 24 Jun berlangsung di Padang Awam Batu Caves di Parlimen Gombak, Kampung Pandan Dalam (Parlimen Pandan)dan Pantai Batu Laut (ParlimenSepang).

Jualan sama turut berlangsung sehari selepas itu di Kampung Bukit Belimbing (Parlimen Tanjung Karang), Tapak Pasar Sehari Pekan Sabak (Parlimen Sabak Bernam) dan Dataran Niaga Serendah (Parlimen Hulu Selangor).

[caption id="attachment_589156" align="aligncenter" width="787"] Orang ramai membeli barang keperluan asas di Program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Gombak di Padang Awam Batu Caves pada 24 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Jualan murah tersebut menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sempena Aidiladha, PKPS menerusi Facebook memaklumkan jualan murah berkenaan berehat lima hari bermula hari ini dan bersambung seperti biasa pada 3 Julai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.