ad
EXCO

Tiga penggal mentadbir, banyak isu rumah terbengkalai, milikan tanah selesai

27 Jun 2023, 9:01 AM
Tiga penggal mentadbir, banyak isu rumah terbengkalai, milikan tanah selesai

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 27 JUN: Tiga penggal memerintah Selangor, hampir 100 projek bermasalah terutama isu perumahan terbengkalai berjaya diselesaikan pentadbiran negeri.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail menjelaskan isu hak milik strata dan milikan tanah juga diberi tumpuan untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan hak mereka.

"Ada projek yang terbengkalai selama 22 tahun (berjaya diselesaikan). Daripada lapan projek tumpuan untuk diselesaikan sejak tahun lepas, hanya tinggal satu yang masih berjalan (proses pemulihan)," katanya.

Beliau yang ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tapak pasar malam Ukay Perdana di sini berharap rakyat dapat menilai rekod pencapaian negeri sejak 2008 dan terus menyokong.

"Jika diberi mandat lagi, lebih banyak perancangan yang kita mahu selesaikan dan tambah lagi agenda atau inisiatif terbaik untuk rakyat Selangor," katanya lagi.

Sementara itu, mengulas persiapan berdepan pilihan raya negeri (PRN), Rodziah yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga berkata gerak kerja parti lancar dan tersusun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.