ad
BERITA UTAMA

Taman tema air Gamuda Cove tarikan terbaharu di Selangor, dilancar 2 Julai

26 Jun 2023, 9:17 AM
Taman tema air Gamuda Cove tarikan terbaharu di Selangor, dilancar 2 Julai

SHAH ALAM, 26 JUN: Taman tema air Splash Mania di Gamuda Cove, Kuala Langat bakal dilancarkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 2 Julai ini.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata taman tema air berkeluasan 6.47 hektar itu merupakan salah satu tarikan terbaharu pelancongan di Selangor.

"Kita yakin taman tema air ini menjadi tumpuan ramai untuk beriadah kerana lokasinya strategik dan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Malah, dengan pembukaan Splash Mania jumlah pelancong luar negara ke Selangor juga semakin bertambah," katanya ketika dihubungi.

Loy Sian berkata lokasi lain yang turut menjadi daya tarikan terbaharu di negeri itu adalah Paya Indah Wetlands, Dengkil serta beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Sekinchan.

"Kita yakin dengan pelbagai sektor pelancongan dibuka dan sedia ada di Selangor sasaran lima juta pelancong ke negeri ini mampu dicapai menjelang hujung tahun ini," katanya.

Taman tema air Splash Mania yang mula dibuka 6 Februari lalu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor dan mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.