ad
AGENSI

Skim pinjaman komputer, persatuan taska negeri terima 100 peranti

26 Jun 2023, 7:16 AM
Skim pinjaman komputer, persatuan taska negeri terima 100 peranti
Skim pinjaman komputer, persatuan taska negeri terima 100 peranti

SHAH ALAM, 26 JUN: Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) menerima 100 peranti menerusi Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas).

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan persatuan itu menerima 50 komputer meja dan 50 komputer riba yang akan diedarkan kepada taska seluruh Selangor.

“Usaha ini bagi memudahkan guru-guru mengemas kini data butiran perkembangan anak-anak taska di dalam Sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).

“Pengisian data ini adalah salah satu keperluan untuk setiap taska mengemas kini maklumat untuk dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memantau perkembangan anak-anak bermula dari bayi.

“Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk perkembangan fizikal, mental, emosi, bahasa, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik,” kata PPAS menerusi kenyataan.

PPAS berharap inisiatif tersebut dapat membantu guru-guru di bawah kelolaan PTNS untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Sebelum ini, PPAS memaklumkan sehingga 1 April lalu seramai 175 individu direkodkan meminjam komputer melalui Sepintas

Kerajaan Negeri melancarkan Sepintas pada 2 Ogos tahun lepas bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar B40.

Agensi itu memaklumkan pinjaman boleh dilakukan di 50 cawangannya melalui permohonan pendaftaran di pautan www.ppas.gov.my/form_sepintas.

[caption id="attachment_589510" align="aligncenter" width="721"] Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) menerima 100 peranti menerusi menerusi Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) pada 20 Jun 2023. Foto ihsan PPAS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.