ad
AGENSI

Zakat Selangor salur bantuan kepada enam mangsa kebakaran

26 Jun 2023, 7:15 AM
Zakat Selangor salur bantuan kepada enam mangsa kebakaran

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SHAH ALAM, 26 JUN: Enam keluarga yang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Jalan Kebun musnah dalam kebakaran Khamis lalu menerima bantuan awal RM200 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini memberikan bantuan kepada mangsa sehari selepas kejadian bagi meringankan beban mereka.

“Mangsa ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan MBSA Bunga Kantan Seksyen 30.

“Kita harap sumbangan awal ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga terbabit manakala baki bantuan sebanyak RM2,300 akan disalurkan terus ke akaun mangsa,” menurut agensi itu di Facebook.

Menurut LZS semua mangsa bukan asnaf fakir dan miskin berdaftar di LZS dan proses bancian kelayakan sebagai asnaf sedang diuruskan.

Mereka yang layak sebagai asnaf fakir dan miskin akan dibantu dari segi bantuan sewa rumah serta bantuan lain yang akan ditentukan ketika sesi bancian dijalankan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.