ad
AGENSI

Mais agih fidyah RM26,880 kepada 60 keluarga memerlukan

26 Jun 2023, 3:13 AM
Mais agih fidyah RM26,880 kepada 60 keluarga memerlukan

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 26 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM26,880 kepada 60 keluarga memerlukan di sekitar daerah Klang, semalam.

Agensi itu memaklumkan bantuan meliputi wang tunai RM300 selain kotak makanan asas bernilai RM148 bagi setiap keluarga, yang disampaikan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Kotak makanan asas yang menggunakan peruntukan fidyah itu termasuklah beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak dan biskut,” katanya di Facebook.

Menurut Mais, agihan yang diadakan di Sekolah Menengah Ibn Khaldun Kampung Jalan Kebun, Shah Alam turut melibatkan Yayasan Pembangunan Pelajar dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Haluan Selangor.

Agensi tersebut juga mempelawa orang ramai yang belum sempat membayar fidyah untuk berbuat demikian secara dalam talian menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.