ad
AGENDA

Bekalan daging cukup tampung keperluan sambutan Aidiladha

25 Jun 2023, 10:59 AM
Bekalan daging cukup tampung keperluan sambutan Aidiladha

KLANG, 25 JUN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging, mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan memastikan perkara itu dan akan menjalankan pemantauan dari semasa-semasa.

Beliau berkata menerusi agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Peladang Kebangsaan (PPK), juga akan membuat intervensi jika berlaku kenaikan harga mengejut barang keperluan itu.

"FAMA dan Persatuan Peladang (PPK) akan melakukan 'interfere' seperti Ramadan yang lepas. Alhamdulilah, harga daging dapat dikawal malah dijual dengan harga yang lebih murah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan 89 Arena, Klang dekat sini hari ini.

Sementara itu Mohamad memaklumkan bahawa FAMA sedang merancang untuk menambah cawangan sedia ada di negara ini bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.

"Keterjaminan makanan ini memang dah jadi isu dunia bukan hanya di Malaysia, satu dunia terlibat katanya," katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.