ad
ADN

Kerajaan Negeri peruntuk RM100,000 turap jalan sekitar PPR Lembah Subang

24 Jun 2023, 2:24 AM
Kerajaan Negeri peruntuk RM100,000 turap jalan sekitar PPR Lembah Subang
Kerajaan Negeri peruntuk RM100,000 turap jalan sekitar PPR Lembah Subang

PETALING JAYA, 24 JUN: Sejumlah RM100,000 diperuntuk bagi kerja turapan jalan di sekitar kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 dan 2.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata kerja turapan itu kini telah selesai dan pengguna boleh menggunakan jalan terbabit dengan lebih selesa.

"Menerusi peruntukan Projek Selangor Penyayang, kita lakukan kerja menurap jalan raya di beberapa jalan sekitar dua kawasan perumahan tersebut.

"Pembaikan jalan raya ini perlu kerana ada yang tidak boleh digunakan kerana berlubang. Dengan turapan jalan ini ia memberi keselesaan kepada penduduk," katanya.

Beliau ditemui pada sesi lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 di sini semalam.

[caption id="attachment_589023" align="aligncenter" width="812"]
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar meninjau keadaan PPR Lembah Subang 1 pada 23 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Halimey turut berterima kasih khususnya kepada penduduk di Seri Setia kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat untuk rakyat Selangor.

"Jika diberi peluang dan terpilih sekali lagi, saya akan jalankan khidmat dan teruskan bantuan seperti biasa seperti sebelum ini," katanya.

Menerusi Belanjawan 2023, Amirudin mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.