ad
AGENDA

Polis siasat kes gaduh penghantar makanan, warga Singapura

23 Jun 2023, 3:15 PM
Polis siasat kes gaduh penghantar makanan, warga Singapura

ISKANDAR PUTERI, 23 JUN: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di sini, pada 16 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing ketika mahu mengisi minyak.

“Kedua-dua lelaki warga asing itu dikenal pasti sebagai warga Singapura dan usaha mengesan sedang dilakukan dengan bantuan polis Singapura (SPF)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan diminta untuk tampil membantu pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 50 saat di laman Twitter 'MyNewsHub' menunjukkan kejadian pertengkaran antara mereka di stesen minyak terbabit.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.