ad
AGENDA

99 peratus pengguna domestik tidak alami kenaikan tarif elektrik

23 Jun 2023, 9:50 AM
99 peratus pengguna domestik tidak alami kenaikan tarif elektrik

SHAH ALAM, 23 JUN: Pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah untuk sebulan tidak mengalami kenaikan tarif.

Menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim berkata jumlah yang meliputi 99 peratus pengguna di semenanjung tidak terjejas akibat penyelarasan antara 1 Julai hingga 31 Disember.

Nik Nazmi Nik Ahmad menambah perniagaan mikro, kecil dan sederhana termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel kecil, petani, penternak dan pekebun juga tidak mengalami kenaikan.

"Ini bermakna hampir semua pengguna domestik dan pengguna bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik yang terbaharu ini.

"Manakala pengguna bukan domestik voltan tinggi dan sederhana serta kategori baharu utiliti air dan pembentungan akan menikmati penurunan," katanya pada sidang media hari ini.

Nik Nazmi menjelaskan hanya 83,000 pengguna meliputi satu peratus pengguna domestik mengalami

kenaikan bil bulanan minimum RM187 bersamaan pertambahan 25 peratus.

"Walaupun berlaku kenaikan bagi pengguna domestik kategori ini, kerajaan masih menanggung

subsidi sebanyak RM58 juta khas untuk kategori ini.

"Pengguna boleh melihat jumlah subsidi yang diberi oleh kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.