ad
AGENDA

MB seru rakyat nilai kejayaan, rekod pentadbiran

23 Jun 2023, 8:05 AM
MB seru rakyat nilai kejayaan, rekod pentadbiran
MB seru rakyat nilai kejayaan, rekod pentadbiran
MB seru rakyat nilai kejayaan, rekod pentadbiran

SHAH ALAM, 23 JUN: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat Selangor menilai kejayaan pentadbirannya serta memilih kerajaan yang mampu meneruskan perancangan membentuk negeri lebih maju dan bahagia.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sepanjang pentadbirannya, barisan pimpinan negeri berusaha melakukan yang terbaik selain sentiasa bermuhasabah demi menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Nilailah kemampuan dan rekod pentadbiran. Pilihlah kerajaan yang mempunyai nilai muhasabah, yang mahu perbaiki kesilapan. Perkataan islah dan reformasi adalah sama maksudnya dengan muhasabah.

“Kita adalah kerajaan yang sentiasa memohon maaf dan mahu perbaiki kesilapan. Bukan kerajaan yang masih mengulang kesilapan dan bongkak,” katanya.

Beliau berucap dalam perhimpunan bulanan bersama penjawat awam dan pemimpin masyarakat di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim dan pemimpin negeri

[caption id="attachment_588810" align="aligncenter" width="718"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato' Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin turut merakam penghargaan dan memohon maaf kepada rakyat sempena hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Saya ingin rakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama kita. Sebagai ketua pasukan, mungkin ada yang terkasar bahasa, terkurang senyuman atau sebagainya.

“Saya memohon maaf. Insya-Allah, tanpa rasa bongkak, saya yakin kita boleh bersama lagi dan teruskan perancangan kita membentuk Selangor yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Amirudin turut menyaksikan penyerahan watikah pembubaran yang diterima Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ng Suee Lim daripada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Shafie Taib.

[caption id="attachment_588871" align="aligncenter" width="718"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari selepas majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato' Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.