ad
AGENDA

Penjawat awam hargai pentadbiran Kerajaan Perpaduan

23 Jun 2023, 7:50 AM
Penjawat awam hargai pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Penjawat awam hargai pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Penjawat awam hargai pentadbiran Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM, 23 JUN: Penjawat awam negeri ini berasa dihargai berikutan pentadbiran Kerajaan Selangor disifatkan sebagai kubu kuat Kerajaan Perpaduan berikutan kekukuhan prestasi ekonomi dan pengagihan bantuan kepada rakyat.

Kakitangan Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganggap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pengiktirafan kepada penjawat awam yang menjadi tonggak pembangunan negeri.

“Maka saya sokong apa yang disuarakan perdana menteri. Apatah lagi Selangor menjadi negeri penyumbang utama hasil negeri. Semua perkara yang dilaksanakan Kerajaan Negeri terbaik,” kata Azizah Idris.

Pegawai tadbir Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Ekamatul Manorah Iktiman pula menyifatkan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi lebih mudah jika kerajaan sama memimpin negeri ini.

[caption id="attachment_588853" align="alignleft" width="268"] Pegawai Tadbir MPS Ekamatul Manorah Iktiman[/caption]

“Apabila pentadbiran pusat dan negeri dipimpin kerajaan sama, kerja jadi lebih senang serta tiada percanggahan. PBT juga mudah terima arahan daripada pihak atasan.

“Rugi jika pentadbiran berubah kerana pelbagai inisiatif sudah dijalankan bagi membantu rakyat,” katanya yang 12 tahun berkhidmat di MPS.

[caption id="attachment_588855" align="alignright" width="268"] Eksekutif Komunikasi Korporat KSSB Mohd Fitri Haziq Zainal Abidin[/caption]

Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pula berkata Selangor banyak menyediakan pelbagai inisiatif untuk rakyat sepanjang lima tahun terakhir pentadbiran.

“Walaupun berlaku banyak perubahan pada peringkat kerajaan pusat dalam tempoh berkenaan, tetapi Kerajaan Negeri tetap utuh kerana rakyat sendiri yakin terhadap pemimpin,” kata Mohd Fitri Haziq Zainal Abidin .

Pada 12 Jun lalu, Anwar menyifatkan Selangor sebagai kubu Kerajaan Perpaduan berikutan prestasi ekonomi negeri yang menjadi induk kepada pertumbuhan negara.

Pemimpin nombor satu negara itu turut mengajak kakitangan kerajaan supaya berani mengembalikan maruah dan imej Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.