ad
AGENDA

Speaker serah watikah bubar DUN Selangor kepada SPR

23 Jun 2023, 3:56 AM
Speaker serah watikah bubar DUN Selangor kepada SPR

SHAH ALAM, 23 JUN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi.

Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.