ad
PBT

MPKL salur hampir RM20,000 bina taman permainan di Masjid Diraja Sultan Ala'eddin

22 Jun 2023, 12:30 PM
MPKL salur hampir RM20,000 bina taman permainan di Masjid Diraja Sultan Ala'eddin
MPKL salur hampir RM20,000 bina taman permainan di Masjid Diraja Sultan Ala'eddin
MPKL salur hampir RM20,000 bina taman permainan di Masjid Diraja Sultan Ala'eddin

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 22 JUN: Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kampung Bandar di Kuala Langat menerima peruntukan RM19,950 bagi membina taman permainan kanak-kanak di dalam kawasan premis rumah ibadat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata pembinaan kemudahan itu di dalam kawasan masjid adalah yang pertama bagi menarik minat kariah khususnya kanak-kanak ke masjid.

"Permohonan dibuat oleh pengurusan masjid, dan kerja pembinaan dilakukan oleh kontraktor lantikan dan Jabatan Lanskap MPKL sebagai pelaksana dengan bajet MPKL dan disiapkan dalam tempoh sebulan.

"Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak kariah yang berhampiran," kata Dato' Amirul Azizan Abd Rahim.

[caption id="attachment_588638" align="aligncenter" width="726"] Foto taman permainan kanak-kanak di halaman Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kampung Bandar, Kuala Langat yang dibina menerusi dana sumbangan Majlis Perbandaran Kuala Langat dimuat naik Facebook Masjid Diraja Sultan Ala'eddin pada 21 Jun 2023[/caption]

Taman permainan berkenaan meliputi struktur permainan bersepadu. bangku batu, buaian dan jongkang-jongket.

Masjid Diraja Sultan Ala'eddin dibuka oleh Sultan Selangor kelima, Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa pada 1905 iaitu bersamaan dengan pembinaan Istana Bandar

Ia merupakan bangunan bersejarah yang diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak tanah Bersejarah bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24 Julai 1980.

Bangunan itu kemudiannya didaftarkan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara.

[caption id="attachment_588641" align="aligncenter" width="739"] Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kampung Bandar, Kuala Langat. Foto Facebook Masjid Diraja Sultan Ala'eddin[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.