ad
PBT

3,000 pengunjung dijangka hadiri jualan sempena Aidiladha MPKj

22 Jun 2023, 3:28 AM
3,000 pengunjung dijangka hadiri jualan sempena Aidiladha MPKj
3,000 pengunjung dijangka hadiri jualan sempena Aidiladha MPKj

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 3,000 pengunjung dijangka menghadiri jualan barangan kelengkapan raya menjelang Aidiladha anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Sabtu ini.

Pengarah Unit Perancangan Korporat Dan Perhubungan Awam berkata program Urban Mantai di Medan Belia MPKj akan bermula seawal 8 pagi Sabtu dan berakhir pada pukul 2 pagi Ahad.

Menurut Kamarul Izlan Sulaiman, antara barangan dijual ialah daun ketupat palas, sayuran, santan, ayam, daging yang disediakan Industri Kecil Sederhana (IKS).

"Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosi semula medan sate tersebut yang kini dikenali sebagai Medan Belia MPKj agar tempat ini kembali menjadi pilihan orang ramai.

"Kita juga sediakan tawaran istimewa iaitu 1,000 batang lemang dengan harga serendah RM8 sahaja," katanya ketika dihubungi.

Selain jualan IKS, turut disediakan jualan but kereta (car boot sale).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.