ad
AGENDA

MB umum bantuan RM1,000 untuk 939 PIBG sekolah seluruh negeri

18 Jun 2023, 12:20 PM
MB umum bantuan RM1,000 untuk 939 PIBG sekolah seluruh negeri

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan RM1,000 kepada 939 sekolah seluruh negeri ini sebagai dana pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana tersebut akan disalur dalam tempoh terdekat melalui Jabatan Pendidikan negeri untuk kegunaan persatuan terbabit.

“Amaun mungkin tidak banyak tapi saya rasa ia pengenalan dan suai kenal yang bagus untuk kita buat banyak jaringan dan memastikan PIBG berfungsi dengan baik.

“Jika persatuan berfungsi dengan baik akan banyak membantu pelajar dan guru terutama daripada segi pembelajaran anak-anak itu sendiri,” katanya ditemui selepas melancarkan Tekad Pendidikan Kita Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap ibu bapa dan guru membina hubungan erat bagi memantapkan usaha pendidikan negeri yang dianggap mencabar pada masa kini.

“Kalau ada kerjasama erat antara kedua-dua pihak, saya percaya akan dapat membantu kawalan dan perkembangan anak-anak,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.