ad
PBT

Hari Klang Tanpa Kenderaan angkat tema Perpaduan Sendi Kekuatan

18 Jun 2023, 8:23 AM
Hari Klang Tanpa Kenderaan angkat tema Perpaduan Sendi Kekuatan

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 18 JUN: Lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Padang Laman Seni Safari, Klang hari ini.

Dengan tema 'Perpaduan Sendi Kekuatan', Yang Dipertua MPK Noraini Roslan berkata tema itu dipilih kerana ingin menterjemahkan moto MPK kepada penduduk.

"Penduduk di Klang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan tanpa perpaduan yang kukuh, kita tidak akan jadi kuat.

"Ada tempat tiada kepelbagaian kaum seperti di pantai timur dan ini memberi peluang untuk kita mengenali budaya satu sama lain lebih dekat," katanya dalam ucapan perasmian program berkenaan.

Program yang dianjur dengan kerjasama Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Antaranya demontrasi dari pihak daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, senaman aerobik, aktiviti mewarna kanak-kanak dan banyak lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.