ad
AGENDA

Karnival kerjaya mega dapat sambutan, yakin capai sasaran 15,000 pengunjung

17 Jun 2023, 7:03 AM
Karnival kerjaya mega dapat sambutan, yakin capai sasaran 15,000 pengunjung
Karnival kerjaya mega dapat sambutan, yakin capai sasaran 15,000 pengunjung
Karnival kerjaya mega dapat sambutan, yakin capai sasaran 15,000 pengunjung
Karnival kerjaya mega dapat sambutan, yakin capai sasaran 15,000 pengunjung

SHAH ALAM, 17 JUN: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor pada hari ini menarik ribuan pencari kerja memenuhi Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Melihat kepada sambutan menggalakkan, EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman yakin sasaran 15,000 pengunjung boleh dicapai sehingga hari terakhir, esok.

[caption id="attachment_587582" align="aligncenter" width="814"] EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas sesi walkabout Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya lihat kehadiran lebih ramai berbanding penganjuran tahun lepas sambutan yang sangat baik berdasarkan pemerhatian dan saya jumpa ada yang datang dari Kedah dan Negeri Sembilan pun ada.

“Sasaran untuk dua hari di sini cecah sehingga 15,000 atasi 12,000 pengunjung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang tahun lalu,” katanya.

[caption id="attachment_587580" align="aligncenter" width="788"] EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman menyantuni pengunjung yang hadir ke Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Mohd Khairuddin meninjau Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Beliau turut berharap program berkenaan memberi manfaat kepada rakyat Selangor serta membantu majikan mendapatkan tenaga kerja sekali gus bersama bangunkan negeri.

Program berkenaan menampilkan hampir 100 majikan dari pelbagai sektor termasuk perbankan, perhotelan dan hospitaliti, teknologi maklumat, pembuatan dan automotif.

Pertama kali diadakan pada Jun tahun lalu, Karnival berkenaan membantu seramai 1,996 individu mendapat pekerjaan menerusi penyertaan lebih 100 syarikat pelbagai sektor.

[caption id="attachment_587579" align="aligncenter" width="814"] Orang ramai hadir mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.