ad
AGENDA

400 peserta bermunajat, mohon urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan

16 Jun 2023, 3:57 PM
400 peserta bermunajat, mohon urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan
400 peserta bermunajat, mohon urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan
400 peserta bermunajat, mohon urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan
400 peserta bermunajat, mohon urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan

SHAH ALAM, 16 JUN: Kira-kira 400 peserta mengikuti program Munajat Darul Ehsan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dengan kerjasama pejabat Dato’ Menteri Besar malam ini.

Berlangsung di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini, program keagamaan itu disertai pelajar dari Maahad Klang, Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin, Kuala Selangor dan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin, Klang.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkata program dianjur bagi memohon petunjuk Allah SWT supaya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka berlaku pada bila-bila masa berjalan lancar.

[caption id="attachment_587510" align="alignleft" width="312"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada media selepas program Munajat Darul Ehsan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sebelum bubar DUN, kita mohon kepada Allah SWT agar segala urusan Kerajaan Negeri dipermudahkan. Pada masa sama mengangkat pemimpin yang benar-benar boleh membawa rakyat ke arah kemakmuran dan membentuk kerajaan lebih baik.

“Program ini juga sebagai penyucian rohani supaya kita kembali kepada Allah termasuk sempena Festival Turath Islami yang diadakan baru-baru ini,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah sebelum bacaan selawat Nariyah sebanyak 4,444 kali yang dipimpin Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi.

[caption id="attachment_587511" align="aligncenter" width="752"] Peserta membaca selawat Nariyah sempena Munajat Darul Ehsan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Masdiana yang juga isteri kepada Dato’ Seri Amirudin Shari turut memaklumkan Munajat Darul Ehsan merupakan program penutup kelolaan Pekawanis sebelum DUN dibubar.

“Sebelum ini kita sudah mengadakan banyak program secara mingguan dan bulanan. Jadi program munajat ini adalah yang terakhir (sebelum DUN bubar) dan mudah-mudahan menjadi asbab kebaikan,” katanya.

[caption id="attachment_587512" align="aligncenter" width="751"] Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi memimpin bacaan selawat Nariyah sempena Munajat Darul Ehsan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.