ad
AGENDA

Remaja hilang ketika mandi air terjun ditemukan lemas

16 Jun 2023, 8:23 AM
Remaja hilang ketika mandi air terjun ditemukan lemas

KUANTAN, 16 JUN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong semalam ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemukan pada 9.52 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan mangsa yang merupakan pelajar pondok di Perak difahamkan menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan air terjun itu bersama 14 pelajar selama empat hari bermula Rabu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.