ad
AGENSI

Unisel tawar yuran pengajian percuma program asasi kemasukan Julai-Ogos

16 Jun 2023, 4:27 AM
Unisel tawar yuran pengajian percuma program asasi kemasukan Julai-Ogos
Unisel tawar yuran pengajian percuma program asasi kemasukan Julai-Ogos

SHAH ALAM, 16 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan yuran pengajian percuma sehingga RM12,000 bagi semua program asasi untuk kemasukan Julai dan Ogos..

Institusi itu menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi apply.unisel.edu.my

“Antara kelebihan lain program asasi di Unisel adalah program pengajian diakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Tempoh pengajian satu tahun iaitu tiga semester selain suasana kampus yang selamat dan kondusif.

“Pelajar hanya perlu membayar kolej kediaman persis pangsapuri dengan bayaran hanya RM200 sebulan,” katanya.

Berikut program asasi yang ditawarkan:

  • Program Asas Teknologi Maklumat
  • Program Asas Pengurusan
  • Program Asas Sains
  • Program Asas Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)
  • Program Asas Sastera
  • Program Asas Pengajian Islam
  • Program Asas Teknologi Maklumat Trek Huffaz
  • Program Asas Pengurusan Trek Huffaz
  • Program Asas Sains Trek Huffaz
  • Program Asas Sastera Trek Huffaz

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Pemasaran dan Kemasukan Unisel 03-5522 3400.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.