ad
ADN

ADN Rawang: RM5 juta diperuntuk naik taraf jalan, baiki parit tersumbat

14 Jun 2023, 9:10 AM
ADN Rawang: RM5 juta diperuntuk naik taraf jalan, baiki parit tersumbat
ADN Rawang: RM5 juta diperuntuk naik taraf jalan, baiki parit tersumbat

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 14 JUN : Sejumlah RM5 juta diperuntuk untuk menaik taraf jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, kata wakil rakyatnya.

Chua Wei Kiat berkata peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) itu digunakan untuk penurapan jalan berlubang, membaiki longkang tersumbat dan membaik pulih lampu jalan.

"Sejak tahun 2018 ketika diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat, saya telah menyatakan hasrat bagi menyelesaikan masalah banjir kilat dan infrastruktur di kawasan ini.

"Antara tempat tumpuan adalah kawasan kampung, perumahan taman dan kawasan utama di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_587014" align="aligncenter" width="716"] ADN Rawang Chua Wei Kiat meninjau jalan raya yang sudah diturap pada 13 Jun 2023. Foto Facebook Chua Wei Kiat.[/caption]

Beliau berkata pada setiap tahun, peruntukan yang diterima tidak kurang dari RM3 juta dan ia digunakan untuk menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan tersebut.

"Syukur setelah usaha dalam 5 tahun ini, kita telah nampak hasilnya. Kawasan yang sebelum ini kerap berlaku banjir kilat ketika hujan lebat, kini tidak berlaku lagi," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.