ad
ADN

DUN Kinrara agih 26 ekor haiwan korban sempena Aidiladha

14 Jun 2023, 4:51 AM
DUN Kinrara agih 26 ekor haiwan korban sempena Aidiladha

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 14 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mengagihkan sebanyak 26 ekor haiwan korban kepada surau, masjid dan agensi kerajaan terpilih sempena Aidiladha.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata simbolik penyerahan diadakan pada 11 Jun lalu di Surau Ukasyah BK4, Bandar Kinrara.

Jelas Sze Han yang juga EXCO kerajaan tempatan sumbangan membabitkan enam ekor lembu dan 20 ekor kambing itu adalah peruntukan daripada Kerajaan Negeri.

"Tahun lalu, sebanyak empat ekor lembu dan 20 ekor kambing telah disumbangkan kepada 21 penerima merangkumi masjid, surau dan persatuan penduduk.

"Untuk kali ini julung kalinya kita memenuhi permohonan agensi bomba dan polis yang telah berusaha membantu rakyat di Kinrara," katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan sebanyak 300 masjid dan surau  terpilih menerima sumbangan haiwan korban sempena Aidiladha membabitkan peruntukan RM6 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.