ad
ADN

Dana RM500,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di taman rekreasi Bandar Kinrara

13 Jun 2023, 6:34 AM
Dana RM500,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di taman rekreasi Bandar Kinrara
Dana RM500,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di taman rekreasi Bandar Kinrara

Oleh Azian Aziz

SUBANG JAYA, 13 JUN: Sejumlah RM500,000 diperuntuk untuk menaik taraf gelanggang bola keranjang di taman rekreasi Jalan BK 3/2 Bandar Kinrara di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Kinrara Ng Sze Han berkata Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam proses mengeluarkan tender projek dan pembinaannya dijangka bermula Ogos ini.

"Pembinaan kemudahan tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Gelanggang bola keranjang ini bakal dilengkapi bumbung. Justeru, aktiviti atau latihan boleh dilakukan walaupun cuaca hujan.

"Kebiasannya, taman rekreasi ini menerima kunjungan 500 orang pada hujung minggu dan 100 orang pada hari bekerja," katanya selepas meninjau kawasan tersebut hari ini.

Beliau berkata pihak sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan di DUN tersebut demi keselasaan penduduk.

Selain gelanggang bola keranjang, taman rekreasi seluas tiga ekar itu turut menempatkan taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan padang bola sepak.

[caption id="attachment_586740" align="aligncenter" width="715"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Kinrara Ng Sze Han berbincang dengan pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan wakil penduduk ketika melawat gelanggang bola keranjang yang bakal dinaik taraf di Jalan BK 3/2 Bandar Kinrara, Subang Jaya. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.