ad
AGENDA

PM: Kerajaan tekad naik elaun, gaji penjawat awam jika ekonomi negara kembali pulih

12 Jun 2023, 10:34 AM
PM: Kerajaan tekad naik elaun, gaji penjawat awam jika ekonomi negara kembali pulih
PM: Kerajaan tekad naik elaun, gaji penjawat awam jika ekonomi negara kembali pulih

SHAH ALAM, 12 JUN: Kenaikan elaun dan gaji penjawat awam antara perkara yang diberi keutamaan oleh kerajaan sekiranya ekonomi negara kembali pulih, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama tahun ini.

"Pertumbuhan suku pertama tahun (ini) lebih baik dari China, Indonesia dan Singapura. Pertumbuhan 5.6 peratus itu baik, tapi kalau ini diteruskan lagi, saya bagi jaminan keutamaan saya ialah mengkaji semula supaya naikkan gaji dan elaun penjawat awam.

"Bila hasil baik (jangan kata Anwar janji), apabila ekonomi kita pulih (pertimbang kenaikan gaji dan elaun). Saya pun nak (ekonomi) pulih cepat, sebab boleh saya ambil gaji saya balik, enam bulan ini tak ambil gaji sebab saya kata selagi eknomi belum pulih saya tidak akan ambil gaji," katanya.

[caption id="attachment_586611" align="aligncenter" width="815"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam Selangor di sini, hari ini. Turut hadir, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata kerajaan ketika ini mewarisi sistem ekonomi yang sudah rosak dengan bebanan hutang mencecah RM1.5 trilion.

"Alhamdulillah syukur, kita (Kerajaan Perpaduan) ambil alih November, Disember, Januari, Februari, Mac hasil pun bertambah, dari minyak Petronas (dan) orang pun lebih rajin bayar cukai. Terutama yang kaya-kaya.

“Sekarang sebab dia tengok saya tegas. Kenyataan saya (sebelum ini tegas) yang tidak peduli kamu kaya, berbilion (jika) meniaga untung, cukai mesti bayar, (jika) tak bayar kamu jaga," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.