ad
AGENDA

Seorang maut, sembilan cedera pokok tumbang hempap kereta, motosikal

10 Jun 2023, 3:41 AM
Seorang maut, sembilan cedera pokok tumbang hempap kereta, motosikal
Seorang maut, sembilan cedera pokok tumbang hempap kereta, motosikal

GEORGETOWN, 10 JUN: Seorang penunggang motosikal maut, sembilan individu lain cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pokok terbabit dikatakan menghempap dua kereta dan tiga motosikal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A'azelan Hassan berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.26 pagi.

Katanya 18 anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebatang pokok menghempap beberapa kenderaan dan ia membabitkan 10 mangsa.

[caption id="attachment_586171" align="aligncenter" width="876"]
Keadaan dua kereta yang dihempap pokok tumbang di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown pada 10 Jun 2023. Foto Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak[/caption]

"Anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut A'azelan berkata, seorang penunggang motosikal didapati meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi lelaki patah kaki.

Beliau berkata, mangsa yang lain turut cedera.

"Semua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan kes diserah kepada polis," katanya.

Menurut A'azelan, pasukan penyelamat bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut melakukan kerja pembersihan di lokasi selepas kejadian dan operasi tamat pada 5.58 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.