ad
AGENDA

68 peratus peserta Selangor Saring dikesan hidap diabetes, kolestrol tinggi

9 Jun 2023, 5:00 AM
68 peratus peserta Selangor Saring dikesan hidap diabetes, kolestrol tinggi
68 peratus peserta Selangor Saring dikesan hidap diabetes, kolestrol tinggi
68 peratus peserta Selangor Saring dikesan hidap diabetes, kolestrol tinggi

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 9 JUN: Kira-kira 68 peratus daripada 22,767 individu yang menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri tahun lalu dikesan menghidap penyakit kencing manis, kolestrol tinggi atau kedua-duanya.

Menerusi infografik yang dikongsi di Facebook EXCO kesihatan awam, antara simptom penyakit diabetes termasuklah penglihatan kabur, kerap buang air kecil, hilang berat badan, dan luka lambat sembuh.

Menurut maklumat yang dipaparkan, pesakit diabetes juga kerap dahaga, sentiasa letih dan selera makan meningkat.

“Tahukah anda sebanyak 68 peratus keputusan Selangor Saring 2022 menunjukkan peserta telah didiagnosis menghidapi penyakit kencing Manis, kolestrol tinggi atau kedua-duanya,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Infografik itu turut berkongsi sebanyak 366 juta kes kencing manis dilaporkan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF).

Pada 31 Mei lalu, Dr Siti Mariah memaklumkan program Selangor Saring mencatat kadar kehadiran tertinggi dengan 22,767 individu atau 68.36 peratus mendapat manfaat sejak tahun lalu.

Program terbabit antara enam inisiatif diperkenal pentadbiran Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

[caption id="attachment_539574" align="aligncenter" width="734"] EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud (belakang, kanan) bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (belakang, tengah) dan ADN Ijok Idris Ahmad (belakang, kiri) meninjau Program Selangor Saring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 22 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi melaksanakan inisiatif tersebut, yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-22-6600 atau klik pautan selangorsaring.selangkah.my

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.