ad
PBT

RM96,000 diperuntuk baik pulih taman papan selaju AU5 Keramat

8 Jun 2023, 8:42 AM
RM96,000 diperuntuk baik pulih taman papan selaju AU5 Keramat

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 8 JUN: Sejumlah RM96,000 diperuntuk Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor untuk membaik pulih taman papan selaju, AU5 Keramat, Hulu Kelang.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 3 berkata cadangan menaik taraf taman yang kali terakhir dibaik pulih pada 2014 dibuat sejak tahun lalu.

"Kita fokus membaiki lantai yang retak serta menambah halangan (obstacle course) selain mencantikkan landskap taman agar lebih kondusif untuk penduduk.

"Matlamat kita untuk menambah kemudahan sukan bagi menyokong aktiviti belia setempat," kata Anfaal Shaari menambah projek berkenaan dijadual siap pada September ini.

Sementara itu, wakil Kelab Sukan Rekreasi AU5, Dzulzamzuri Naharuddin berkata pihaknya mengalu-alukan usaha tersebut dan berharap sukan papan selaju kembali diberi perhatian.

"Sangat bersyukur dengan usaha ini, kita harap dengan selepas kemudahan ini siap, lebih ramai belia dapat berlatih sekaligus dapat melahirkan generasi pelapis dalam sukan ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.