PETALING JAYA, 8 JUN: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) membuka peluang sembilan syarikat pemula membentang idea inovatif kepada pelabur global melalui program Pitch Malaysia Series USA di Silicon Valley dan Washington DC, Amerikat Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Yong Kai Ping berkata program kesemua pemula berpeluang menjalinkan rangkaian dengan komuniti warga Malaysia di luar negara dan mengadakan pembentangan bersama syarikat pemula di Amerika Syarikat dan global.
Katanya, sembilan syarikat permulaan terlibat termasuklah iMotorbike, ALPS Global Holdings, Virtualtech Frontier, Boxcube, Entomal, Revenue Monster Group, QMed Asia, Accendo Technologies dan Pod pada 1 Mei hingga 7 Mei lalu.
[caption id="attachment_585813" align="aligncenter" width="782"] Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping (kanan) berucap di majlis Hari Pemula Selangor 2023 yang diadakan di Sheraton Petaling Jaya pada 8 Jun 2023. FOTO MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]
“Kesemua syarikat pemula ini mewakili pelbagai sektor seperti teknologi, penjagaan kesihatan dan kelestarian.
“Progam ini merupakan usaha Sidec untuk memupuk ekosistem yang kondusif untuk perkembangan syarikat pemula dan memperkasakan industri ini,” katanya ketika berucap pada majlis Hari Pemula Selangor di Hotel Sheraton, di sini hari ini.
Pada majlis sama, Sidec melalui Sekolah Digital Selangor turut menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) bersama VirtualTech Frontier, Accendo Technologies, Wavpay dan Revenue Monster.
“Memorandum persefahaman ini membolehkan Sidec memperkasakan komuniti pemula dengan menerokai pembangunan teknologi kecerdasan (AI) dan pemasaran digital,” katanya.
[caption id="attachment_585814" align="aligncenter" width="808"] EXCO Perdagangan Dato' Teng Chang Khim (empat, kanan) bergambar bersama hadirin yang hadir pada Majlis Hari Permula Selangor 2023 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 8 Jun 2023. FOTO MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]
Majlis turut dihadiri EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad Raja Ahmad Shahrir Iskandar.