ad
AGENDA

Ketua polis daerah ditahan bantu siasatan kes rasuah RM1 juta

6 Jun 2023, 3:55 PM
Ketua polis daerah ditahan bantu siasatan kes rasuah RM1 juta

KUANTAN, 6 JUN: Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah di negeri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

"Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota," katanya menerusi kenyataan ringkas di sini hari ini.

SPRM difahamkan akan membuat permohonan reman terhadap pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu esok.

Pegawai kanan itu difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta dari 2017 hingga 2022, dikatakan bagi melindungi pusat hiburan daripada tindakan penguatkuasaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.