ad
ADN

ADN Rawang: 50 individu terima bantuan kerusi roda, permohonan masih dibuka

4 Jun 2023, 2:15 PM
ADN Rawang: 50 individu terima bantuan kerusi roda, permohonan masih dibuka

SHAH ALAM, 4 JUN : Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang membelanjakan lebih RM12,000 untuk membeli kerusi roda yang memanfaatkan 50 individu kurang berkemampuan.

Chua Wei Kiat berkata pemberian peralatan itu adalah berdasarkan permohonan penduduk DUN Rawang dan keutamaan diberi kepada individu yang benar-benar layak.

"Kita harap sumbangan yang diberi ini mampu meringankan beban penerima sekali gus memudahkan pergerakan mereka dengan hanya menggunakan kerusi roda.

"Individu yang ingin memohon kerusi roda atau bantuan lain boleh memohon dengan hadir ke pusat khidmat masyarakat DUN Rawang dengan membawa dokumen seperti kad pengenalan dan surat hospital," katanya kepada Selangorkini

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat khidmat masyarakat DUN Rawang menerusi talian 03-6091 2118 atau layari Facebook Chua Wei Kiat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.