ad
AGENDA

MB: Hargai jasa, RM500,000 dibelanja bela kebajikan bekas atlet

4 Jun 2023, 2:00 PM
MB: Hargai jasa, RM500,000 dibelanja bela kebajikan bekas atlet
MB: Hargai jasa, RM500,000 dibelanja bela kebajikan bekas atlet

SHAH ALAM, 4 JUN: Sejumlah RM500,000 dibelanjakan bagi membantu bekas atlet negeri ini yang kurang bernasib baik menerusi program Ceria Atlet Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu antara usaha meringankan beban atlet yang pernah mengharumkan nama negara selain menghargai jasa mereka selepas bersara.

“EXCO Khairuddin (EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman) agak aktif terutama mengenal pasti dan menjaga kebajikan para atlet. Tahun-tahun sebelum ini pun negeri memperuntuk bantuan membantu bekas atlet.

“Kita kenal pasti dan bantu bekas atlet negeri yang mewakili negara jika ada masalah kesihatan atau ekonomi. Jadi inisiatif ini adalah perhargaan buat mereka. Kita bukan sahaja menghargai sumbangan yang diberikan mereka ketika sihat dan kuat tetapi juga ketika di usia emas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Sukan Negeri Selangor  2021-2022 di Dewan Jubli Perak Abdul Aziz di sini, hari ini.

[caption id="attachment_585074" align="alignnone" width="717"] Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 4 Jun 2023. Hadir sama EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (tiga, kiri) dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Mohamad Nizam Bin Marjugi (kanan). Foto ARIF MUHAMMAD/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Amiruddin turut meminta semua pihak berganding bahu untuk membangunkan sukan negeri sekali gus melahirkan atlet berprestasi tinggi.

“Tiga komponen iaitu keluarga, jurulatih dan persatuan sukan negeri memainkan peranan penting untuk membangunkan sukan.

“Saya percaya melalui rancangan dan dasar persatuan dengan kerjasama ibu bapa serta jurulatih, kita akan melahirkan lebih ramai atlet cemerlang,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.