ad
AGENDA

Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini

4 Jun 2023, 5:49 AM
Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini

SHAH ALAM, 4 JUN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini.

Selangor Royal Office menerusi Facebook menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran dan mendoakan Baginda dipanjangkan usia.

"Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya serta hidup dengan penuh kebahagiaan.

"Semoga Tuanku Permaisuri dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!" menurut perkongsian itu di Facebook.

Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.