ad
BERITA UTAMA

300 masjid, surau terpilih di Selangor terima sumbangan ibadah korban

3 Jun 2023, 5:21 AM
300 masjid, surau terpilih di Selangor terima sumbangan ibadah korban
300 masjid, surau terpilih di Selangor terima sumbangan ibadah korban

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid dan surau yang dikenal pasti akan menerima sekurang-kurangnya seekor lembu.

“Kita serahkan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing kepada masjid, surau, agensi dan institusi yang akan laksana ibadah korban sempena Aidiladha akhir bulan ini.

“Keseluruhannya kita berbelanja RM6 juta berbanding lebih RM5 juta tahun lalu disebabkan pertambahan jumlah haiwan yang kita sumbangkan selain peningkatan harga lembu dan kambing tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA di sini hari ini.

[caption id="attachment_584773" align="alignnone" width="787"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat haiwan korban serta melakukan gimik perasmian pada program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam pada 3 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menjelaskan pemilihan masjid dan surau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berdasarkan lokaliti yang mempunyai ramai asnaf atau golongan berpendapatan rendah (B40).

“Jadi kita akan tumpukan di kawasan ini dahulu sebelum kawasan yang mampan dari sudut kewangannya,” katanya.

Pada 7 Mei lalu, EXCO pemodenan pertanian mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban sempena Hari Raya Haji tahun ini.

Ir Izham Hashim berkata peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lepas berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000.

Selain itu, pertambahan jumlah lembu korban daripada 660 ekor kepada 700 dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.