ad
AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

1 Jun 2023, 7:25 AM
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.

Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan berkenaan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua,” menurut Istana Negara dalam hantaran di Facebook.

Hari Gawai disambut hari ini dan esok oleh masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.