ad
BERITA UTAMA

Selangor Saring rekod kehadiran tertinggi di Malaysia, 22,767 dapat manfaat

31 Mei 2023, 7:02 AM
Selangor Saring rekod kehadiran tertinggi di Malaysia, 22,767 dapat manfaat
Selangor Saring rekod kehadiran tertinggi di Malaysia, 22,767 dapat manfaat

SHAH ALAM, 31 MEI: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri mencatat kadar kehadiran tertinggi di Malaysia, dengan 22,767 individu mendapat manfaat sejak tahun lalu.

Menerusi infografik yang dikongsi di Facebook EXCO Kesihatan Awam, tiga kumpulan umur tertinggi yang direkodkan ialah 31 hingga 45 tahun, 46 hingga 64 tahun dan 65 tahun ke atas.

Menurut maklumat yang dipaparkan, ketiga-tiga kumpulan tersebut mewakili 78 peratus daripada keseluruhan peserta, selaras sasaran negeri untuk menyaring golongan berisiko.

“Selangor Saring merupakan program saringan kesihatan komuniti dengan kadar kehadiran tertinggi di Malaysia. Kadar kehadiran adalah 22,767 peserta iaitu mencapai 68.36 peratus.

“Jom ke program Selangor Saring untuk ketahui tahap kesihatan anda. Saringan percuma bernilai hingga RM3,000,” kata Dr Siti Mariah Mahmud hari ini.

Program tersebut antara enam inisiatif diperkenal pentadbiran Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi melaksanakan inisiatif tersebut, yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-22-6600 atau klik https://selangorsaring.selangkah.my/.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.