ad
PBT

50 belia sertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran MPK

30 Mei 2023, 2:00 PM
50 belia sertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran MPK
50 belia sertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran MPK

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 MEI: Seramai 50 belia menyertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 28 Mei lalu.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kursus sehari itu dilaksanakan bawah program Pemberdayaan Komuniti Daerah Klang.

“​Kursus ini diadakan untuk membantu dan memberdaya komuniti di daerah Klang dalam mempelajari ilmu kemahiran dalam bidang gunting rambut.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu komuniti yang ingin menjana pendapatan dalam bidang gunting rambut,” katanya.

[caption id="attachment_584255" align="aligncenter" width="721"] Peserta mendengar penerangan tenaga pengajar sempena kursus asas gunting rambut lelaki anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Mini Auditorium E-Library, MPK Cawangan Tengku Kelana pada 28 Mei 2023. Foto Facebook MPK[/caption]

Berucap dalam mesyuarat penuh bulanan di ibu pejabat MPK hari ini, Noraini berkata pembelajaran dilaksanakan secara teori dan praktikal oleh tiga tenaga pengajar dari Walter College.

Beliau berkata MPK turut mengesyorkan semua penganjuran program pemberdayaan komuniti diadakan di Plaza MPK sebagai Pusat Komuniti Warga Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.