ad
AGENDA

Infrasel baiki jalan di Petaling, Klang selepas 24 jam terima aduan

26 Mei 2023, 7:00 AM
Infrasel baiki jalan di Petaling, Klang selepas 24 jam terima aduan
Infrasel baiki jalan di Petaling, Klang selepas 24 jam terima aduan
Infrasel baiki jalan di Petaling, Klang selepas 24 jam terima aduan

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 26 MEI: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan penurapan jalan rosak di daerah Petaling dan Klang kelmarin selepas 24 jam menerima aduan menerusi Twitter, @infrasel_kjp.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan kerja baik pulih membabitkan Jalan Industri 9, Kampung Baru Sungai Buloh dan Jalan Dusun Kapar.

Turut dijalankan pembersihan longkang dan pembentung di Jalan Monfort, TTDI, Shah Alam selain membaik pulih permukaan jalan (reconstruction) di sebahagian laluan B53, Jalan Lama Kuala Selangor, Sabak Bernam pada 23 Mei.

[caption id="attachment_583465" align="alignnone" width="791"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja pembersihan longkang dan pembentung di Jalan Monfort, TTDI, Shah Alam pada 23 Mei 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

“Sehingga semalam kemajuan kerja pada tahap 30 peratus dan dijangka tamat pada Jun nanti.

“Kerja-kerja penurapan jalan rosak dilaksanakan dalam tempoh 24 jam hasil aduan orang ramai menggunakan #Infrasel.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama hashtag #infrasel #namajalan #daerah berlakunya kerosakan jalan raya tersebut,” katanya di Twitter.

[caption id="attachment_583466" align="alignnone" width="860"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja menurap jalan di Jalan Industri 9, Kampung Baru Sungai Buloh pada 24 Mei 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Pada 13 Mei Dato’ Menteri Besar mengumumkan Selangor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjayakan projek membaiki jalan kampung seluruh negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata majoriti kawasan yang dikenal pasti adalah jalan sekitar Sabak Bernam.

Kerajaan Selangor turut mengeluarkan belanja RM50 juta bagi projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan kelolaan negeri untuk meningkatkan kemudahan penduduk dan dijalankan secara menyeluruh di Selangor.

Sejak 2021 hingga tahun lalu, lebih 39,000 kerja turapan jalan dilaksanakan Infrasel bagi memastikan keselesaan pengguna.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.