ad
BERITA UTAMA

EXCO: Saringan kesihatan percuma DUN Permatang, Hulu Bernam hujung minggu ini

26 Mei 2023, 3:01 AM
EXCO: Saringan kesihatan percuma DUN Permatang, Hulu Bernam hujung minggu ini
EXCO: Saringan kesihatan percuma DUN Permatang, Hulu Bernam hujung minggu ini
EXCO: Saringan kesihatan percuma DUN Permatang, Hulu Bernam hujung minggu ini

SHAH ALAM, 26 MEI: Program Selangor Saring fasa dua bagi mengesan penyakit lebih awal penduduk akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Hulu Bernam hujung minggu ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyarankan penduduk membawa ahli keluarga ke program itu yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Jangan lepaskan peluang menerima khidmat pemeriksaan kesihatan percuma meliputi pemeriksaan fizikal, ujian darah, air kencing, saringan kanser, mata, gigi, telinga dan juga fisioterapi,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_583439" align="aligncenter" width="602"] Program Selangor Saring fasa dua akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Hulu Bernam pada 27 dan 28 Mei 2023. Foto Facebook Dr Siti Mariah[/caption]

Bagi DUN Permatang, program saringan kesihatan akan diadakan di Dewan Kampung Sg Gulang Gulang pada Sabtu, manakala DUN Hulu Bernam di Pejabat ADUN Hulu Bernam pada Ahad.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcar 1-800-22-6600 atau klik di pautan https://selangorsaring.selangkah.my/.

Sebelum ini, Dr Siti Mariah memaklumkan Selangor Saring antara enam inisiatif diperkenal khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

[caption id="attachment_534482" align="aligncenter" width="679"] Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan mata ke atas peserta program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Kerajaan Negeri memperuntuk dana RM3.4 juta bagi melaksanakan program Selangor Saring yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.