ad
AGENDA

Lebih 76,000 layak mohon pinjaman peribadi melalui Akaun 2 KWSP

24 Mei 2023, 5:36 AM
Lebih 76,000 layak mohon pinjaman peribadi melalui Akaun 2 KWSP

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 150,154 individu membuat permohonan pinjaman menerusi Akaun 2 (FSA 2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak dibuka pada 7 April, kata Timbalan Menteri Kewangan 1.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata 76,018 daripadanya layak memohon pembiayaan peribadi bernilai RM726,318,500 daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Yang layak hanya separuh iaitu mereka berumur 40 hingga 50 tahun bagi fasa pertama," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang bertanya mengenai program pinjaman berkenaan.

Pinjaman berkenan dibuat menerusi program FSA 2, kemudahan bertujuan membantu ahli KWSP membuat pembiayaan daripada institusi perbankan.

Menjawab soalan Hassan mengenai tindakan kerajaan sekiranya KWSP tidak bersetuju membayar pampasan kepada bank sekiranya pencarum gagal membayar balik pinjaman, Ahmad berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Jika pembayaran tidak dibuat setiap bulan, pihak bank perlu menunggu umur mereka 50 tahun atau 55 tahun dan barulah KWSP boleh membuat pembayaran," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.