ad
AGENDA

Anwar terima kunjungan hormat menteri pertahanan Indonesia

23 Mei 2023, 11:47 PM
Anwar terima kunjungan hormat menteri pertahanan Indonesia

LANGKAWI, 24 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sini.

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kita sejam bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Prabowo kini dalam lawatan khas ke Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang bermula hari ini hingga 27 Mei.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Indonesia.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.