ad
AGENDA

Bangunan terbengkalai, terbiar dibangunkan jadi kuarters sementara pekerja asing

22 Mei 2023, 7:09 AM
Bangunan terbengkalai, terbiar dibangunkan jadi kuarters sementara pekerja asing
Bangunan terbengkalai, terbiar dibangunkan jadi kuarters sementara pekerja asing
Bangunan terbengkalai, terbiar dibangunkan jadi kuarters sementara pekerja asing

Oleh DIANA ABD WAHAB

KLANG, 22 MEI: Kerajaan Negeri akan menggunakan bangunan terbengkalai dan terbiar khususnya di kawasan komersial sebagai kuarters penempatan sementara pekerja (TLQ) warga asing.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han yakin inisiatif itu secara tidak langsung mampu menangani isu sosial dan penempatan pekerja membabitkan golongan terbabit.

[caption id="attachment_582692" align="aligncenter" width="764"] EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han bercakap kepada media selepas perasmian Seminar Asrama Pekerja Mendukung Bandar Berdaya Saing Negeri Selangor di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 22 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Bangunan khususnya di kawasan komersial akan dijadikan TLQ selaras peralihan pekerja asing dari rumah pangsapuri.

“Mungkin bukan semua sesuai namun kita harap majikan boleh jumpa dengan perancang bandar bagi bantu mereka sediakan penempatan yang sesuai pekerja asing," katanya.

Terdahulu Sze Han merasmikan Seminar Asrama Pekerja Mendukung Bandar Berdaya Saing Selangor di Bandar Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Tanpa mendedahkan jumlah bangunan terbengkalai atau terbiar, beliau berkata garis panduan mengenai penempatan pekerja asing telah diwujudkan dengan mengambil kira cabaran ketika Covid-19.

"Ketika itu, wabak Covid-19 menular di penempatan pekerja asing yang kemudian merebak tanpa kawalan kerana pengurusan penempatan pekerja yang tidak teratur.

“Keadaan Ini telah menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan pemulihan,” katanya.

[caption id="attachment_582689" align="aligncenter" width="815"] Peserta menghadiri Seminar Asrama Pekerja Mendukung Bandar Berdaya Saing Negeri Selangor di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 22 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 28 Januari tahun lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan lebih banyak kompleks kediaman pekerja dibangunkan Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan golongan itu selain memudahkan pemantauan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya mengenal pasti tapak seluas 200 ekar untuk mendirikan kompleks penempatan bagi menempatkan 60,000 pekerja.

Pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor di lapan lokasi yang bakal dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut dilengkapi kedai dobi, restoran dan kedai runcit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.