ad
AGENDA

Remaja 14 tahun lemas ketika menjala ikan bersama rakan

20 Mei 2023, 3:10 AM
Remaja 14 tahun lemas ketika menjala ikan bersama rakan

KULAI, 20 MEI: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika menjala ikan bersama-sama rakannya di sungai berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Merbau 3, Bandar Putra di sini, petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Mohd Omar berkata Amirul Ikhwan Muhammad Khairul Amin, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.53 petang dan sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' (FRT) dari BBP Bandar Baru Kulai dengan kekuatan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

"Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Amirul Ikhwan dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik 'surface searching'.

"Mangsa dijumpai anggota bomba di lokasi dia dilaporkan lemas pada kira-kira pukul 5.54 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Baharuddin berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.31 petang.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.